Digital clock

Thursday, November 3, 2011

Aku melangkah lemah
Termangu, menatap langit
Nun jauh entah di mana fikiranku terbang
Membawa  hatiku yang kelabu

Tiap gerak tubuhku bergeming
Meminta cintaku kembali pulang
Berharap sebuah kucupan sayang
Menginginkan tersenyum cerah seperti dulu

Tapi kini aku sendiri
Berjalan dan berlari menjauh
Melarikan diri dari kegelisahan hati
Menghindar dari kau yang telah pergi
aku insan lemah
Aku tak mampu menatap hatiku lagi
Aku tak mampu menemukan cintamu lagi
yang dicampakkan olehmu 

Namun aku ingin kau
Dalam pelarianku aku ingin kau
Dalam kegelisahanku aku ingin kau
Ingin kau datang kembali,
kembali menghidupkan semangatku yang mulai mati

Kupeluk tubuhku ketika kurindu pelukanmu
Kuucap namamu ketika kurindu suaramu
Kubelai rambutku ketika kurindu belaianmu
Kugenggam tanganku ketika kurindu genggamanmu
Kunyanyikan lagu-lagu kenangan kita ketika sedar bahawa kau tak di sini lagi bersamaku

Takkah kau sadar bahawa aku masih memerlukanmu?
Memerlukanmu untuk tidur
Memerlukanmu untuk merasakan cinta
Memerlukanmu untuk hidup

Tak tahu apa guna hatiku tanpa kau di dalamnya
Tapi kuingin kau tahu,
aku masih mencintaimu

2 comments:

  1. sedih bace ni. penah rasa dulu.. dan skrg pun sikit2 ade lagi 'perasaan' tu.. hmm..

    ReplyDelete