Tuesday, November 1, 2011

kenapa kau pergi saat diri ini begitu menyayangimu,
kenapa kau pergi ketika aku perlukanmu,
kenapa kau pergi ketika aku mengharapkanmu,
kenapa kau pergi ketika hati ini milikmu

dalam kelam aku sendirian
hanya bulan peneman setia
terusik hati mengenangkanmu,
itu lambang kerinduanku padamu,

hanya kenangan mampu kusemaikan
ketika diri merinduimu
ketika hati menantikanmu
namun hanya sia-sia
mustahil kau menjelma kembali

dalam kelam masih mengharap
kau kembali dengan senyuman
membina ikatan suci
tetapi hanyalah harapan yang sia-sia
kerana aku tahu hatimu miliknya

walaupun kau tak akan kembali padaku
ku berharap kau bahagia
sakit untuk menerima takdir
takdir yang memisahkan kita
~i love u~


No comments:

Post a Comment