Saturday, March 2, 2013

PENANTIAN SEM 7

guru berimej botak...

Berangan je lebih...sem 6 baru bermula tapi dok sibuk pikiq pasai praktikum.tanyalah mana2 pelajar ISMP kt UPSI ni sape tk nervous kalau terfikir tentang praktikum ni. aku pun mcm tu je..6 sem aku lalui kehidupan aku kt upsi ni dengan selamber rock je tp bila dah nk menginjak masuk ke semester 7 tiba2 hati ni jadi gundah gelana..fikiran kusut, hidup tak tenang, meroyan... tu sume sebab nanti aku akan bergelar sebagai guru pelatih.hehehehe..

sekolah aku dah pilih awal2...sekolah ni kat selayang..S.M.K IDEAL HEIGHTS. sebab aku pilih sekolah ni sebab dekat dengan rumah abang aku kt selayang. jadi aku boleh duk situ..xperlu susah2 nk cari rumah sewa. makan minum pun ditanggung beres. kemungkinan aku seorang je guru pelatih UPSI tapi aku tak kisah sangat..yang aku kisah mcm mana aku nak mengajar budak2 ni..dah la xde pengalaman..Insyaallah masa akan mengajar aku untuk menjadi guru pelatih yang berwibawa..cehhhhhh..pastu harapan aku, minta2 guru2 kt sana baik2..so senang la tugas aku nanti. kawan2 aku masih pening mikiq sekolah mana nk mengajar..Batch kitorang AT01 hanya dibuka 3 negeri sahaja iaitu PERAK, SELANGOR dan N.SEMBILAN. so pade kawan2 pandai2lah korang pilih sekolah mana yang terbaik...sedih plak sebab kena berpisah 1 semester...jaga diri lelok yer.. lebih kurang 4 bulan sebelom kita menjadi guru pelatih. so tambah ilmu sebaik mungkin sebelum keluar dari upsi dan bawa nama universiti kita.
\
Sebab-sebab guru itu disayangi:
  1. baik hati
  1. kecindan
  1. mesra
  1. penyayang
  1. kreatif
  1. memahami
  1. cantik atau kacak
  1. kemas
  1. bijak mengawal emosi

ciri-ciri guru yang efektif :
  1. mempunyai nilai-nilai keguruan seperti baik hati, bertanggungjawab, mempunyai unsur jenaka, sabar, adil, luwes, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi, bersifat kepimpinan dan yakin.
  1. sifat dan kualiti sosial seperti budi pekerti yang sopan, ramah mesra, merendah diri, mempunyai semangat untuk berbakti, dan jujur.
  1. sifat dan kualiti profesional seperti mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, berpengetahuan ikhtisas, suka membaca, kemahiran bertutur yang baik, daya ingatan yang tinggi, dan berdaya usaha.

Implikasi apabila guru gagal menjadi guru yang efektif:
  1. murid-murid tidak suka berdamping rapat dengan guru
  1. isi pengajaran tidak dapat disampaikan dengan berkesan
  1. murid tidak faham ajaran guru
  1. murid tidak menghormati guru
  1. murid mundur dalam pelajaran
  1. murid malas dan tidak mendengar arahan guru
  1. rakan sejawat tidak suka bergaul rapat dengannya.

Peranan guru sebagai pembentuk persekitaran bilik darjah yang kondusif:
  1. mengurus rutin bilik darjah
  1. mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun kerusi dan meja.
  1. mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah.
  1. mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  1. menguruskan bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.
  1. menguruskan aktiviti berkumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.
  1. mewujudkan iklim bilik darjah terbuka, iaitu menggalakkan murid bebas berinteraksi antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah.
  1. membentuk murid dengan sikap dedikasi, berinisiatif, bekerjasama, ramah dan mesra, spontan dan kreatif , serta lebih tinggi motivasi.


Monday, February 25, 2013

pejam celik pejam xcelik2 aku dah sem 6 rupanya..sem terakhir sebelom kaki ini melangkah pergi menjadi guru pelatih..perghhh macam2 aku rasa dan yang pastinya aku xready lagi nk mengajar bebudak ni..maklumlah subjek aku ni subjek kls hujung2..so students mestilah yang nakal2 sikit...lect aku ckp klu first2 mengajar nanti kena wat garang sikit...muka tu biaq ala2 ganster baru students tu takut sikit...x takut hormat pun jadilah..
muka mcm ni kot students takut..keh3

duck face pun boleh jgk..tp bersedia kena terajang dengan student...


kalau x silap aku, ku start praltikum nanti bln jun...so ade beberapa bulan lagi. sekolah pun lom cari lagi tp dah usha2 sekolah2 kt selayang tu.dekat sikit dgn rmh abg aku.. Praktikum nanti kena pastikan aku dapat A tau sekurangnya A- baru leh posting..tu la risau gak tkut tak dapat A. tu je nk update...xmoh update bnyk2..korang bkn bace pun kan.. Assalam



Wednesday, January 9, 2013

13 Langkah Nak hilangkan Parut


ok, tuan tanah nk bg tips2 tuk hilang parut yang terdapat kat muka atau seluruh badan. tuan tanah pasti muka korang akan berseri2 bagaikan kilauan emas tanpa sebarang parut-parut jerawat di muka. selamat mencuba..


LANGKAH 1
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan…
LANGKAH 11
pusingkan kepala…
LANGKAH 12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…
————–
sebenarnya xde kaitan pun dengan parut..hahaha!!

keistimewaan Wanita dalam Islam...



bangun je dari tido, tuan tanah teringatkan senyuman ibu. tiba-tiba hati jadi sayu. betapa ikhlasnya senyuman wanita yang bernama ibu terhadap anak-anak mereka.hehe so terlintas la nak update blog pasai keistimewaan wanita dalam agama Islam... wanita neh diciptakan dari tulang rusuk Nabi Adam yang paling bengkok.


“Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Maka bersikaplah  para wanita dengan baik.” (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)
Ini adalah perintah untuk para suami, para ayah, saudara saudara lelaki dan lainnya untuk menghendaki kebaikan untuk kaum wanita, berbuat baik terhadap mereka, tidak menzalimi mereka dan senantiasa memberikan hak-hak mereka serta mengarahkan mereka kepada kebaikan.
Ini yang diwajibkan atas semua orang berdasarkan sabda Nabi, “Berbuat baiklah kepada wanita.”
Hal ini janganlah sampai dihalangi oleh perilaku mereka yang adakalanya bersikap buruk terhadap suaminya dan keluarganya, baik berupa perkataan mahupun perbuatan kerana para wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, sebagaimana dikatakan oleh Nabi   bahawa tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.
Sebagaimana diketahui, bahawa yang paling atas itu adalah pangkal tulang rusuk, itulah tulang rusuk yang paling bengkok, itu jelas. Maknanya, pasti dalam kenyataannya ada kebengkokkan dan kekurangan. Kerana itulah disebutkan dalam hadis lain dalam ash-Shahihain.
“Aku tidak melihat orang orang yang kurang akal dan kurang agama yang lebih dapat  menghilangkan akal lelaki yang teguh daripada salah seorang diantara kalian (para wanita).” (HR. Al Bukhari no 304 dan Muslim no. 80)
Makna “kurang akal” dalam sabda Nabi S.W.T adalah bahawa persaksian dua wanita barulah sebanding dengan persaksian seorang lelaki. Sedangkan makna “kurang agama” dalam sabda Baginda adalah bahawa wanita itu kadangkala selama beberapa hari dan beberapa malam tidak solat, iaitu ketika sedang haid dan nifas. Kekurangan ini merupakan ketetapan Allah pada kaum wanita sehingga wanita tidak berdosa dalam hal ini.
Nabi Muhamad S.A.W tidak berbicara berdasarkan hawa nafsu, tapi berdasar wahyu yang Allah berikan kepadanya, lalu baginda sampaikan kepada ummatnya, sebagaimana firman Allah:
“Demi bintang ketika terbenam, kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak keliru, dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (Qs. An-Najm:4) 
** tuan tanah cedok ni dari blog anak jiran sebelah rumah. penatlah nak salin balik**


Ni dia keistimewaan perempuan dalam Islam



1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua 
anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

11. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

12. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

13. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

14. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

15. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

16. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

17. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

18. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

19. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

21. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

22. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

23. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

24. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

25. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

26. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

29. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

30. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

31. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.

32. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

33. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

34. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

35. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

36. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

37. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

38. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

39. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

40. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

41. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

42. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

43. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

44. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

45. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

47. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

48. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

49. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

50. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

51. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

52. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

53. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

54. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Tuesday, January 8, 2013

CINTA 3 SEGI

macam tak percaya yang aku terlibat dalam dilema cinta 3 segi..baru je malam tadi aku tahu..ohhh luluh hancuq berkecaq hati ni nak habaq hang.. sedih tang mana pun aku pasrah ja..xpala kalau dia mencintai orang lain walaupun mereka sekarang ni musuh yang saling bercakaran...cinta tu buta..so aku ambil keputusan untuk berundur.lari jauh2 dari cinta ni dan orang ni...sedih weiiii

CIRI-CIRI LAHIR PADA 21 JUN







~berfikiran jauh dan berwawasan
~mudah ditawan kerana sikap baik
~perangai lemah lembut
~mudah berubah sikap, sangat banyak idea
~bersikap sensitif

~tiada sifat dendam
~otak sentiasa aktif berfikir
~sukar melakukan sesuatu dengan segera alias suka menanguh-nangguh
~sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
~cepat marah dan cepat sejuk
~suka bercakap dan berdebat
~suka buat lawak dan bergurau
~otak cerdas dan berangan-rangan
~mudah dan pandai berkawan
~orangnya sangat tertib
~pandai mempamerkan sikap
~mudah kecil hati
~mudah terkena selesema
~suka berkemas
~cepat rasa bosan
~kurang pamerkan perasaan
~lamabt sembuh bila terluka hati
~suka barangan berjenama
~mudah jadi eksekutif
~kedegilan yang tidak terkawal
~siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya






**angin sepoi2 bahasa**

LELAKI ANGIN


Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23
Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).
*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek
kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya
boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk
mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian
dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati
mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
*bersifat tidak pendendam

** hampir 90% betul dengan sifat tuan tanah**

tetiba ada kawan remove and block kita..who cares!!!








Kawan Fb ni silih ganti kadang2.. yang lama ada yang remove mungkin menyampah dengan kita,mungkin marah, mungkin rasa kita dalam friendlist dia dah takde fungsi atau mungkin juga dia nak kurangkan friendlist dia yang dah penuh untuk terima kawan2 baru yang baru add. Macam - macam kemungkinan la orang remove @ unfriend kita kat FB. Jadi jangan la touching sangat rasa maca diri kita ni dibenci ramai orang padahal antara beribu orang dalam friendlist kita tu yang unfriend mungkin sorang dua.. tak sampai pun sepuluh orang. **kalau dah beratus atau beribu tu kenalah muhasabah diri**

Macam tu jugak kat Blog.. kalau tetiba kurang satu dua follower tak payah la
semakkan otak, kacau bilaukan jiwa fikir bagai nak gila kenapa orang unfollow kita.
Benda ni macam pepatah lama.. patah tumbuh hilang berganti. Pada yang tak suka kita,
kita tak boleh halang.. Cuma percaya pada diri, percaya bahawa kita hidup tak bergantungpun pada orang2 yang unfriend @ unfollow kita kat blog & FB atau apa2 je lah.

Selama depa tak muncul dalam hidup kita pun.. kita tetap hidup gembira jer kenapa bila depa cuma unfriend & unfollow kita nak rasa macam satu dunia benci kita. ** yang follow blog aku xboleh kira dengan jari**

Yang ni pernah terjadi kat aku lah. adalah sorang dua kawan fb ni bila aku komen status dia, dengan cepatnya dan confidentnya dia akan delete komen aku atau status tuh.
mula2 macam terasa gak.tapi sabar jela sbb aku percaya dia xda niat pun nk wt sume tu. mungkin terpaksa. pastu ade lagi 1 kisah yang aku terkorek rahsia dia. sebelum ni dia tak mengaku pun. tapi takpalah, aku pun cam diaorang gak selalu wat salah.aku tahu dia baik.


Jadi pada semua yang tiba2 down bila tengok kat blog ada follower unfollow.. kat Fb kena unfriend.. tak payah nak sedih2 sangat. Kalau dia marah kita sekalipun.. sebagai seorang kawan & rasa kalau betul dia kawan elok dia bagi penjelasan bukan pergi macam tu tanpa pesan buat kita pulak rasa macam - macam, kan?? Jadi itu bukan kawan.. kawan tak menyusahkan walau dia tak mampu menyenangkan pun. Kawan bukan hanya cover kesilapan kita dengan pujian.. Kawan macam tu pun cuma buat kita rosak je. Kawan pun bukan sentiasa cari silap kita.. tu namanya nak kita sentiasa rasa kekurangan & hilang keyakinan. Tapi kawan.. macam penampal, kat mana kurang dia betulkan. Tegurlah saya sekiranya saya melampau dalam berkata kata, insya Allah saya terima kalau betul apa katanya.

tuan tanah pun selalu gak gurau2 dengan kwn..hari ni remove esok lusa add balik. hari ni block minggu depan unblock balik.hahaha tu gurau manja yang selalu tuan tanah amalkan untuk eratkan silaturahim.