Tuesday, January 8, 2013

tetiba ada kawan remove and block kita..who cares!!!








Kawan Fb ni silih ganti kadang2.. yang lama ada yang remove mungkin menyampah dengan kita,mungkin marah, mungkin rasa kita dalam friendlist dia dah takde fungsi atau mungkin juga dia nak kurangkan friendlist dia yang dah penuh untuk terima kawan2 baru yang baru add. Macam - macam kemungkinan la orang remove @ unfriend kita kat FB. Jadi jangan la touching sangat rasa maca diri kita ni dibenci ramai orang padahal antara beribu orang dalam friendlist kita tu yang unfriend mungkin sorang dua.. tak sampai pun sepuluh orang. **kalau dah beratus atau beribu tu kenalah muhasabah diri**

Macam tu jugak kat Blog.. kalau tetiba kurang satu dua follower tak payah la
semakkan otak, kacau bilaukan jiwa fikir bagai nak gila kenapa orang unfollow kita.
Benda ni macam pepatah lama.. patah tumbuh hilang berganti. Pada yang tak suka kita,
kita tak boleh halang.. Cuma percaya pada diri, percaya bahawa kita hidup tak bergantungpun pada orang2 yang unfriend @ unfollow kita kat blog & FB atau apa2 je lah.

Selama depa tak muncul dalam hidup kita pun.. kita tetap hidup gembira jer kenapa bila depa cuma unfriend & unfollow kita nak rasa macam satu dunia benci kita. ** yang follow blog aku xboleh kira dengan jari**

Yang ni pernah terjadi kat aku lah. adalah sorang dua kawan fb ni bila aku komen status dia, dengan cepatnya dan confidentnya dia akan delete komen aku atau status tuh.
mula2 macam terasa gak.tapi sabar jela sbb aku percaya dia xda niat pun nk wt sume tu. mungkin terpaksa. pastu ade lagi 1 kisah yang aku terkorek rahsia dia. sebelum ni dia tak mengaku pun. tapi takpalah, aku pun cam diaorang gak selalu wat salah.aku tahu dia baik.


Jadi pada semua yang tiba2 down bila tengok kat blog ada follower unfollow.. kat Fb kena unfriend.. tak payah nak sedih2 sangat. Kalau dia marah kita sekalipun.. sebagai seorang kawan & rasa kalau betul dia kawan elok dia bagi penjelasan bukan pergi macam tu tanpa pesan buat kita pulak rasa macam - macam, kan?? Jadi itu bukan kawan.. kawan tak menyusahkan walau dia tak mampu menyenangkan pun. Kawan bukan hanya cover kesilapan kita dengan pujian.. Kawan macam tu pun cuma buat kita rosak je. Kawan pun bukan sentiasa cari silap kita.. tu namanya nak kita sentiasa rasa kekurangan & hilang keyakinan. Tapi kawan.. macam penampal, kat mana kurang dia betulkan. Tegurlah saya sekiranya saya melampau dalam berkata kata, insya Allah saya terima kalau betul apa katanya.

tuan tanah pun selalu gak gurau2 dengan kwn..hari ni remove esok lusa add balik. hari ni block minggu depan unblock balik.hahaha tu gurau manja yang selalu tuan tanah amalkan untuk eratkan silaturahim.

No comments:

Post a Comment