Digital clock

Tuesday, December 14, 2010

AKU,UPSI,& 3 MAKHLUK ANEH


Assalamualaikum,tak tahu nk buat ape,so aku update la blog ni.Hari ni aku nk kongsi dgn korang sume tentang ‘aku,upsi dan 3 makhluk aneh’.Sejak tingkatan 6 lg aku berangan-angan nk sambung pelajaran di USM @ UKM.Ntah la,aku pun xtaw sebab aku nk bjlr di university tersebut,mungkin sebab pengaruh rakan baik aku iaitu Irwan (best student STPM 2009 di sekolah aku).Selepas  result Stpm kluar,aku punye result xdelah cemerlang sgt.Pointer cukup-cukup makan jer.xpelah mgkin rezeki aku setakat tu jer.Oleh sebab aku dan irwan nk bljr di ‘u’ yg sama,jadi kitaorang isi UPU hampir2 serupa,eh!!dah memang serupa pun.Namun,aku diterima di UPSI manakala Irwan pula dapat UKM.Impian kitaorg xjd kenyataan.Aku terima ni seadanya walaupun sedikit terkilan.
Sampai jer di UPSI,aku dapat ramai kwn.Semuanya baik2 tp ada juga yg mengjenkelkan.Biasa la adat kehidupan mana ada semua makhluk yg kita suka.Dalam kursus aku bilangan pelajar untuk sama sem dengan aku Cuma 20 org,4 org lelaki dan selebihnya kaum hawa.Aku sedikit terkejut sebab tak sangka yang lelaki hanya 4 org.Hendak tergelak pun ada juga.Dah memang terbukti yg kaum hawa memonopoli dalam bidang pelajaran.Perhubungan kitaorg seramai 20 org ni pada mulanya baik sekali,aku rasa memang tak ada masalah tp lama kelamaan aku rasa yg aku ni semakin sunyi dan tak boleh nk terima semua ni.Tambahan lg aku tidak suka UPSi ni sebab cita-cita aku bukannya nk jd guru.Masa 2 mmg stress sebab aku tak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan  sekeliling hingga sampai satu tahap aku pernah terfikir nk berhenti daripada meneruskan pelajaran ni.Hidup aku memang sunyi sebab aku tak ada 1 kawan baik pun kat sini.Semua perkara aku buat seorang diri.Aku amat memerlukan kawan2 yg mampu berjuang dengan aku,ada ketika susah,senang,boleh dengar masalah aku dan mampu menyempurnakan hidup aku di sini.
Alhamdulillah,Allah S.W.T telah mendengar keluhan aku.Aku diberikan 3 makhluk aneh yang selama ini tidak pernah aku fikir yang mereka akan menjadi sahabat baik aku kt sini.Tak kala,aku begitu tertekan dengan kehidupan aku kt sini yang entah apa-apa,mereka lah yang banyak membantu aku menunjukkan jalan lurus bagi seorang pelajar seperti aku ni.Mereka yang sentiasa mendengar masalah aku,membantu aku dan juga menganggap aku sebahagian dalam hidup mereka,dengan mereka jugalah aku bersikap 'gila-gila.So,dapatlah release tension aku nie tp yang tak sukenye mereka ni suka sangat makan di KFC.Habis bajet aku lari.heheheh!!Terima kasih kpd Farah,Suhaili,dan juga Awien (AT01) yang sanggup menjadi sebahagian daripada sahabat-sahabat yang aku sayang.Mereka ni sumenye cantik.Ok,aku akan cerita serba sedikit tentang mereka yang menyenangkan hidup aku.Farah,seorang yang baik,penyanyang,manja,pandai,suka mendefinisikan sesuatu perkara(kitaorg panggil dia cik definisi),kadang-kadang Farah ni suka berkhayal lbh kurang berada dalam dunianya sendiri.Suhaili,seorang yang baik,sedikit gila-gila,penari yang hebat dan sporting.Awien pula seorang yang cantik,gebu,comel,baik tetapi emosinya kadang-kadang tak stabil.hehehehe! gurau jer.Perangai mereka ni mmg aneh,hanya aku je yang tahu tahap keanehan perangai mereka. Kita sudah banyak mengharungi saat-saat manis dan pahit bersama di sini,di tempat perjuangan kita sebagai mahasiswa-siswi UPSi.Aku berharap persahabatan kita ini terus berkekalan hingga detik-detik terakhir hidup kita dan tidak lupa juga kepada teman-teman sejati aku yang lain iaitu,Alif,Azli,Irwan,nik amir.Ahmad,Rezza,Zamisham,Fikri,Razif,Nuha,Mastura,Azaniah,Fazira,Ashikin,A’adila,pipah(efa) dan yang lain-lain (maaf jika tidak ada nama di sini).Aku sayang korang sume seperti mana korang sayang pada aku.Semoga persahabatan kita akan diredhai Allah S.W.T.Assalamualaikum……,

1 comment: