Digital clock

Wednesday, January 2, 2013

SIAPA AKU...


waktu ini daku hanya merenung
melihat jauh ke hadapan
adakah aku merindu seseorang
seseorang yang aku sendiri tak pasti
siapakah dia..
adakah insan aku kenali..
 
setiap hembusan bayu
aku bagai mengikut arus gelombang
mencari jalan yang aku tak pasti
jalan hidup yang tidak berpenghujung
tika jasadku dalam genggaman arus
aku bagaikan tidak terdaya
aku lemah
lemah dikala aku bersemangat
adakah itu aku

semakin tidak aku kenali diri ini
semakin aku alpa dengan hala tujuku 
semakin aku takut dengan bayang-bayang masa depanku
aku makin menyepi
menyepi dari duniaku sendiri

sepi didalam alam fantasi ciptaan sendiri

entahlah..keluhan yang tidak bererti.......

No comments:

Post a Comment