Saturday, March 2, 2013

PENANTIAN SEM 7

guru berimej botak...

Berangan je lebih...sem 6 baru bermula tapi dok sibuk pikiq pasai praktikum.tanyalah mana2 pelajar ISMP kt UPSI ni sape tk nervous kalau terfikir tentang praktikum ni. aku pun mcm tu je..6 sem aku lalui kehidupan aku kt upsi ni dengan selamber rock je tp bila dah nk menginjak masuk ke semester 7 tiba2 hati ni jadi gundah gelana..fikiran kusut, hidup tak tenang, meroyan... tu sume sebab nanti aku akan bergelar sebagai guru pelatih.hehehehe..

sekolah aku dah pilih awal2...sekolah ni kat selayang..S.M.K IDEAL HEIGHTS. sebab aku pilih sekolah ni sebab dekat dengan rumah abang aku kt selayang. jadi aku boleh duk situ..xperlu susah2 nk cari rumah sewa. makan minum pun ditanggung beres. kemungkinan aku seorang je guru pelatih UPSI tapi aku tak kisah sangat..yang aku kisah mcm mana aku nak mengajar budak2 ni..dah la xde pengalaman..Insyaallah masa akan mengajar aku untuk menjadi guru pelatih yang berwibawa..cehhhhhh..pastu harapan aku, minta2 guru2 kt sana baik2..so senang la tugas aku nanti. kawan2 aku masih pening mikiq sekolah mana nk mengajar..Batch kitorang AT01 hanya dibuka 3 negeri sahaja iaitu PERAK, SELANGOR dan N.SEMBILAN. so pade kawan2 pandai2lah korang pilih sekolah mana yang terbaik...sedih plak sebab kena berpisah 1 semester...jaga diri lelok yer.. lebih kurang 4 bulan sebelom kita menjadi guru pelatih. so tambah ilmu sebaik mungkin sebelum keluar dari upsi dan bawa nama universiti kita.
\
Sebab-sebab guru itu disayangi:
  1. baik hati
  1. kecindan
  1. mesra
  1. penyayang
  1. kreatif
  1. memahami
  1. cantik atau kacak
  1. kemas
  1. bijak mengawal emosi

ciri-ciri guru yang efektif :
  1. mempunyai nilai-nilai keguruan seperti baik hati, bertanggungjawab, mempunyai unsur jenaka, sabar, adil, luwes, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi, bersifat kepimpinan dan yakin.
  1. sifat dan kualiti sosial seperti budi pekerti yang sopan, ramah mesra, merendah diri, mempunyai semangat untuk berbakti, dan jujur.
  1. sifat dan kualiti profesional seperti mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, berpengetahuan ikhtisas, suka membaca, kemahiran bertutur yang baik, daya ingatan yang tinggi, dan berdaya usaha.

Implikasi apabila guru gagal menjadi guru yang efektif:
  1. murid-murid tidak suka berdamping rapat dengan guru
  1. isi pengajaran tidak dapat disampaikan dengan berkesan
  1. murid tidak faham ajaran guru
  1. murid tidak menghormati guru
  1. murid mundur dalam pelajaran
  1. murid malas dan tidak mendengar arahan guru
  1. rakan sejawat tidak suka bergaul rapat dengannya.

Peranan guru sebagai pembentuk persekitaran bilik darjah yang kondusif:
  1. mengurus rutin bilik darjah
  1. mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun kerusi dan meja.
  1. mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah.
  1. mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  1. menguruskan bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.
  1. menguruskan aktiviti berkumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.
  1. mewujudkan iklim bilik darjah terbuka, iaitu menggalakkan murid bebas berinteraksi antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah.
  1. membentuk murid dengan sikap dedikasi, berinisiatif, bekerjasama, ramah dan mesra, spontan dan kreatif , serta lebih tinggi motivasi.


No comments:

Post a Comment