Thursday, March 3, 2011

rindu ibu...


Kali ini bagilah aku peluang untuk tulis mengenai perasaan aku terhadap ibuku..Aku ni anak bongsu dan semestinya aku lebih rapat dengan ibuku berbanding ayahku.Dalam keluarga aku,aku blh dikatakan anak manja tapi tak adalah manja sgt.boleh la!!!Siapa tidak gembira bila berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti dan aku tidak terkecuali.Saat aku gembira,hanya satu yang aku fikirkan iaitu ibuku dan bagaimana pula perasan dia??.Boleh ke aku hidup tanpa ibuku,yelah!,selama 20 tahun aku tak pernah berpisah dengan ibuku tp kini segalanya bakal berubah.Aku di Perak dan dia pula di Kelantan..Selama ni makan minum aku dia semua yang sediakan,tempat mengadu masalah,dan kalau aku deman dialah tempat bermanja.Kini,sukar untuk aku merasai semua tu.Memang aku tidak nafikan,semester 1 aku masih lagi kuat,aku masih lagi boleh menahan rasa rindu aku pada dia dan aku tak pernah menitiskan air mata rindu aku walaupun hanya setitik!tp bila masuk semester 2 sukar bagi aku untuk terus menahan kerinduan ni.Terseksa sangat-sangat,pernah 1 malam aku menangis semalaman kerana terlalu rindukan dia.Ingin sangat tangan ni  memeluknya,mencium pipinya..semua 2 aku tak boleh bayangkan.Alangkah indahnya kalau aku dapat buat semua itu walaupun sekejap.Setiap kali nk tidur dan bangun tidur hanya dia saja yang aku fikirkan.Maaaa!!! hati anak ma ni dah tak boleh tahan kerinduan..hanya air mata sahaja yang menjadi sahabat setia ketika teringatkan ma..hanya doa dari anak mu mengiringi perasaan rindu ni.Berharap Allah memberikan kesihatan yang baik kepada ma dan aboh...Amin...

No comments:

Post a Comment